Terjemahan Quran

Listen to Quran

Wednesday, December 30, 2009

33:28-29

Asbabun Nuzun(sebab-sebab penurunan) Surah Al Ahzab ayat 28-29

Krisis rumah tangga nabi
Jabir bin Abdillah ada bercerita bahawa, satu hari Abu Bakar as-Siddiq datang ke rumah nabi SAW. sesampai di rumah itu, Abu Bakar melihat ramai orang duduk di hadapan pintu rumah Nabi.

Abu bakar menjengok ke dalam rumah nabi, kelihatan di dalam rumah, bahawa Nabi SAW duduk ditengah, dan dikelilingi oleh semua isteri-isterinya. Melihat demikian, Abu Bakar meminta izin dari nabi untuk masuk, tetapi tidak diizinkan oleh Nabi SAW.

Tidak lama kemudian, Omar bin Al-Khattab pula tiba. Pada peringkat awalnya, Omar juga meminta izin untuk masuk, juga tidak diizin oleh Nabi SAW.

Sejenak kemudian, Nabi SAW memberitahu kepada Abu bakar dan Omar, bahawa Nabi SAW telah mengizinkan mereka berdua masuk ke dalam rumah.

Abu Bakar dan Omar pun masuk, dan mereka melihat ketika itu Nabi SAW masih lagi dikelilingi oleh isteri-isterinya. Di kala itu, nabi SAW diam tidak berkata apa-apa pun.

”aku akan bercakap sesuatu kepada Nabi, agar baginda boleh tersenyum” bisik hati omar.

”Wahai Rasulullah, jika anak perempuan zaid – merujuk kepada isterinya – meminta sesuatu nafkah luar dari kemampuanku, sudah pasti aku akan memukul tengkoknya” tiba-tiba Umar bersuara.

Nabi SAW berpaling ke arah Umar, sambil melemparkan senyuman sehingga kelihatan gigi baginda yang putih.

”isteri-isteriku ini berada dikelilingku. Mereka meminta kepadaku nafkah yang aku tidak mampu” kata Nabi SAW.

Mendengar kata-kata Nabi SAW itu, menyebabkan Abu Bakar As-Siddiq bangun berjalan menuju kepada Aisyah. Kelaku Abu Bakar itu, seperti hendak memukul Aisyah.

Tidak sempat Abu Bakar melakukan sesuatu, tiba-tiba Umar juga bangun menuju kepada anaknya, Hafsah.

“apakah kamu meminta kepada Nabi SAW sesuatu yang nabi Saw tidak mempunyainya?” begitulah soalan Abu Bakar kepada Aisyah, dan soalan Omar kepada Hafsah.

Melihat soalan bernada marah dari kedua-dua tokoh sahabat yang bertanya kepada anak masing-masing, menyebabkan Nabi Saw menyuruh kedua-dua sahabat besar itu bersabar, dan tidak marah kepada anak mereka masing-masing.



Dengan turunnya ayat ini, setiap isteri-isteri Nabi SAW ketika itu bersuara, “demi Allah, selepas daripada hari ini, kami tidak akan meminta sesuatu lagi kepada Nabi SAW sesuatu yang Nabi SAW tidak mampu berikan”


Saya just copy paste dari one-g. Link image ayat quran tu yg saya buat sendiri. Lagi cantik dan mudah dibaca.

Monday, December 21, 2009

Antara Syafii dan Wahabi (tanpa tapisan)


i



ii



iii


Komen saya
- Kita boleh untuk tak setuju pendpat orang lain. Jangan perlekeh orang. Adab islam dan melayu letak ke mana?
- Yang ramai marah kat puak-puak wahabi kerana tak beradab dam menolak mazhab lain. Kita boleh berbeza pendapat. Jangan perlekeh imam2 yang lain.

Apakah apabila kita sudah mempunyai segulung ijazah mahupun PhD serta bergelar dengan Profesor Madya, kita sudah setaraf atau lebih hebat dari Imam Shafi’i? Hingga kita boleh “menghina” imam-imam besar untuk diketawakan dalam majlis ilmu?

Video tambahan
Dr Asri Kurang Ajar Perlekeh Ulama Pondok & Ulama Silam

Thursday, December 10, 2009

Wednesday, December 9, 2009

Tak perlu tukar nama bila memeluk islam?



p/s: Goggle Video mungkin bermasalah sekarang. Saya langsung xbleh view video entri-entri sebelum ini.Maybe sebab firewall kat opis ni kot.

Banyak lagi video beliau di youtube. Taip je nama dia Lim Jooi Soon. Berlambak-lambak keluar

Wednesday, December 2, 2009